CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia – Telegram
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
396K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.05K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Aznida Mohamad Zaki berkata masyarakat perlu lebih tegas dalam menangani penularan virus Influenza di Malaysia ketika ini.

#AstroAudioNews #ANMS #MalaysiaSihat
AMARAN RIBUT PETIR.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak • Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat) • Sarawak: Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat sehingga 6:00 petang; Jumaat, 24 Oktober 2025.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
Dikeluarkan pada: 3:15 petang, 24 Oktober 2025
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 "𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐌𝐈"

📈 Gempa bumi adalah kejadian pergerakan tanah dikawasan sesar yang memberikan kesan gegaran dipermukaan bumi. Impak gegaran ini dikenali sebagai intensiti.

💡 Jangan lupa kongsikan pada semua, semoga bermanfaat.

Sila dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

#METMalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
07 NOVEMBER 2025 | JUMAAT

⚠️ AMARAN PENGESANAN KEHADIRAN OBOR-OBOR DI PERAIRAN MERSING

Adalah dimaklumkan pihak Pejabat Perikanan Negeri Johor telah menerima aduan kehadiran obor-obor di kawasan pantai berdekatan Teluk Buih dan Penyabong, Mersing..

Sehubungan itu, mohon agar tuan/puan sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti rekreasi air.
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️

AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) • Kelantan • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dalam tempoh Rabu, 19 November 2025 sehingga Jumaat, 21 November 2025.

Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 17 November 2025

#amaranhujanberterusan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada 24 November 2025 dan berterusan sehingga 27 November 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 3.45 petang
Tarikh: 20 November 2025
#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
Pemberian Imunisasi Measles Rubella (MR) Percuma Kepada Semua Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun.
Ibu bapa jangan ketingggalan untuk dapatkan imunisasi tambahan Measles Rubella (MR) bagi perlindungan demam campak untuk anak-anak anda . Tinggal berbaki 10 hari saja lagi sebelum perkhidmatan ini berakhir.
Ayuh kunjungi klinik kesihatan terdekat atau dapatkan slot janji temu melalui MySejahtera.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Sedia Membantu: Memperkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍

Luruan monsun yang berlaku akibat letusan udara bertekanan tinggi di Siberia (H) dan pertembungan angin ke rantau negara dijangka membawa impak cuaca signifikan.

Kesan utama luruan monsun adalah peningkatan hujan lebat berterusan, angin kencang dan ombak besar, terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Orang awam dan semua pihak berkepentingan dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Sila dapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia (www.met.gov.my) dan aplikasi myCuaca.

#metmalaysia
#NRES
#monsuntimurlaut
#caknacuaca
#MalaysiaMadani